X

Kindly register in order to view this article
!

Tindakan tegas penjawat awam terlibat kartel tender: KSN

Tan Sri Mohd Zuki Ali
A
A

PUTRAJAYA - Tindakan tegas akan dikenakan terhadap penjawat awam yang terlibat dalam sindiket kartel tender kerajaan yang bernilai RM3.8 bilion atau sebarang salah laku lain.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut amat membimbangkan.

"Saya amat kesal terdapat segelintir penjawat awam yang membenarkan diri mereka dipergunakan oleh pihak berkepentingan untuk habuan lumayan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diarahkan untuk melaksanakan pusingan kerja bagi pegawai di jawatan sensitif yang cenderung kepada isu berkaitan salah laku.

"Saya telah berulang kali memberi peringatan kepada semua ketua jabatan supaya menerap dan memegang utuh konsep integriti dalam pengurusan organisasi dengan memperkukuh program kesedaran dan pencegahan selaras dengan pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP)," katanya.

Pada Isnin, SPRM membongkar skandal kartel tender kerajaan selepas menahan tujuh individu termasuk ketua sindiket.

Sindiket kartel projek yang beroperasi sejak 2014 itu telah memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dengan nilai projek RM3.8 bilion.

Ketua sindiket berusia 47 tahun dipercayai mengawal lebih 150 buah syarikat yang berfungsi untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tumpas sindiket kartel projek RM3.8 bilion


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!