ADUN Lembah Jaya dilantik Pengerusi baharu SPNB

Haniza
Haniza
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang baharu berkuat kuasa 2 April.

Menurut kenyataan SPBN, Haniza yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perumahan dan Hartanah Selangor merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Sheffield, United Kingdom dan berpengalaman luas dalam pembangunan perumahan negara.

Beliau juga pernah menjadi Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor yang berperanan menyediakan 30,000 unit Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) menjelang tahun 2023 dan setakat ini, sebanyak 10,615 unit telah siap dibina.

Jawatan Pengerusi SPNB kosong selepas penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman yang juga Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia pada 16 November tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: