Pengamal perubatan tradisional maut ditembak

Anggota polis melakukan siasatan lanjut di rumah mangsa pada Isnin. Gambar kanan: Abdul Rahim
Anggota polis melakukan siasatan lanjut di rumah mangsa pada Isnin. Gambar kanan: Abdul Rahim
A
A
A

KUANTAN - Seorang pengamal perubatan tradisional ditemui maut dengan beberapa kesan tembakan dalam kejadian di sebuah rumah di Perumahan Bukit Rangin Perdana 2 di sini pada malam pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsà, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui terbaring dengan kesan luka di bahagian kepala dan beberapa kesan tembakan di bahagian badan.

Beliau berkata, kejadian dimaklumkan kira-kira jam 11 malam sebelum pasukan penyiasat dan unit forensik ke lokasi.

"Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa tinggal menyewa di rumah tersebut bersama ibunya yang berusia 60 tahun.

"Mangsa telah berkahwin dan baru menimang anak lelaki di mana isterinya kini sedang berpantang di rumah keluarganya di Pekan," katanya di sini pada Isnin.

Mohamad Noor berkata, ketika kejadian, mangsa bersendirian di rumah itu kerana ibunya keluar berniaga.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan motif sebenar kejadian.

"Kita tidak menolak kejadian bermotifkan dendam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi