Jumpa bom lama dalam ladang sawit

Anggota UPB mengukur bom lama yang ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Taib Andak, Kulai pada Ahad.
Anggota UPB mengukur bom lama yang ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Taib Andak, Kulai pada Ahad.
A
A
A

KULAI - Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai memusnahkan bom lama di kawasan ladang kelapa sawit, Felda Taib Andak, di sini pada Ahad.

IPK menerusi satu hantaran dalam Facebook Polis Johor memberitahu, bom Unexploded Ordnance (UXO) jenis Artillery Shell85 mm dan Artillery Shell Impact Fuse UXO dimusnakan pada jam 3 petang.

Bom berkenaan ditemui oleh penyelia ladang, Syafiq Mahad ketika melakukan rondaan di kawasan berkenaan sebelum menghubungi Pondok Polis Felda Taib Andak untuk tindakan lanjut.

Menurut kenyataan IPK itu, objek tersebut sudah berkarat dan dipenuhi tanah.

"Ketika UPB IPK Johor menjalankan pembersihan keselamatan di lokasi sama, satu lagi objek disyaki UXO dijumpai sekitar 25 meter dari lokasi penemuan pertama.

"Tindakan pemusnahan UXO dijalankan secara In Situation (In-situ) dengan menggunakan teknik 'high order' melalui kaedah elektrik," kata kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: