Polis kesan tiga lelaki bergaduh di kedai makan

Video pergaduhan melibatkan tiga lelaki dikatakan berlaku di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan tular di media sosial.
Video pergaduhan melibatkan tiga lelaki dikatakan berlaku di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan tular di media sosial.
A
A
A

KOTA BHARU – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan dekat sebuah kedai makan di Kok Lanas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, video mengenai kejadian itu tular di media sosial pada Jumaat.

“Pada jam 2 petang tadi (Jumaat), seorang pegawai kanan kami melihat video berdurasi 31 saat itu dan ia menunjukkan ada pergaduhan berlaku melibatkan tiga lelaki di depan sebuah kedai di sini.

“Video bertajuk ‘Video pergaduhan melibatkan tiga lelaki dikatakan berlaku di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan tular di media sosial’ itu menunjukkan dua lelaki dipercayai memukul seorang lelaki lain menggunakan topi keledar.

“Bagaimanapun, tiada pihak yang tampil memberi maklumat kepada kami.

“Oleh itu, laporan polis berkenaan dibuat pegawai kanan kami bagi membolehkan satu siasatan lanjut dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, polis sedang mengesan suspek dan mangsa bagi membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel Berkaitan: