JPJ nafi pemasangan kamera AWAS baharu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pemasangan kamera Automated Enforcement System (AES) atau kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) tambahan di lokasi tertentu Lebuh Raya Utara Selatan.

“Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai dan menyebarkan berita yang tidak benar sebelum mendapatkan kesahihan daripada sumber yang betul,” demikian menurut ibu pejabat JPJ dalam kenyataan hari ini.

Ibu Pejabat JPJ menegaskan sehingga kini kamera AWAS telah dipasang di 45 lokasi di seluruh negara untuk mengesan kesalahan melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Tambahnya, sebarang maklumat berkaitan lokasi kamera AWAS yang telah dikemaskini dalam laman web www.jpj.gov.my dan maklumat baharu akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial mengatakan JPJ telah memasang kamera AWAS yang baharu di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: