Harap gandingan Iheanacho, Vardy terus cemerlang berdepan City: Rodgers

Iheanacho
Iheanacho
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers berharap agar gandingan penyerang kelahiran Nigeria, Kelchi Iheanacho bersama Jamie Vardy dapat meneruskan kecemerlangan mereka apabila berdepan Manchester City, pada awal pagi Ahad.

Menurut Rodgers, sejak diganding bersama, kedua-dua pemain berkenaan dilihat cukup serasi antara satu sama lain, sekali gus memberikan petanda baik untuk skuad The Foxes itu untuk terus melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Gandingan kedua-duanya nyata cukup serasi dan malah agak mengkagumkan setakat ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kali ini, gandingan kedua-duanya diharap dapat meneruskan keserasian berkenaan menjelang aksi berdepan bagi berdepan kunjungan pendahulu EPL, Manchester City, awal pagi Ahad nanti.

“Gandingan berkenaan juga diharap mampu beraksi baik dan memberikan ‘tekanan’ kepada City pada perlawanan berkenaan,” katanya.

Iheanacho telah menjaringkan sebanyak 12 gol setakat ini selain melakukan lima assists pada 28 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.

Penyerang berusia 24 tahun itu juga baru sahaja tiba di King Power Stadium setelah membantu Nigeria layak ke Piala Dunia 2022 selaku juara Kumpulan L, baru-baru ini.

Sementara itu, Rodgers mengakui gandingan mantap dipamerkan Iheanacho bersama Vardy telah meletakkan skuad kendaliannya itu kini sebaris dengan kelab-kelab handalan lain dalan saingan Liga Perdana Inggeris.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kelibat Iheanacho dilihat banyak membantu ‘menajamkan’ jentera serangan The Foxes yang selama ini hanya bergantung kepada Vardy bagi mencatatkan jaringan.

“Saya berharap agar gandingan serta keserasian kedua-duanya berterusan dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan musim ini.

“Seperti yang kita semua tahu, Vardy tidak lagi menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan sejak kebelakangan ini.

“Namun, gerakan serta bantuan yang diberikan adalah yang terbaik dan dia memberikan ruang kepada Iheanacho (untuk menjaringkan gol),” katanya.