X

Kindly register in order to view this article
!

Pas tolak agenda selamatkan pemimpin: Abdul Hadi

Abdul Hadi Awang
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pas menolak sebarang agenda peribadi yang hanya untuk menyelamatkan pemimpin serta anggotanya namun tidak menyelesaikan masalah negara serta rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti tersebut juga menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional (MN).

“Pas turut menolak politik yang menghabiskan masa dan juga menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

“Kami juga menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 1 April, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap rakan politik mereka dalam Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas memikirkan sebaik-baiknya mengenai usaha mempertahankan gagasan muafakat yang asli.

Beliau turut mengambil contoh Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu yang gagal kerana gabungan politik yang dibentuk tidak jujur dan tulen.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menjelaskan bahawa Pas tidak pernah berdendam terhadap sesiapa yang pernah menzalimi parti tersebut kerana matlamat Pas ialah menjadi penyelamat manusia seramai mungkin, termasuk menyelamatkan orang yang zalim.

Justeru, beliau mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dengan pakatan baharu iaitu Perikatan nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan golongan bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajikan yang berpijak atas perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa.

“Marilah sama-sama menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, politik diamalkan oleh parti tersebut ialah wajib memimpin, demi memelihara akidah perjuangan bagi menegakkan konsep adil dan berkebajikan kepada semua dan tidak terpesong daripada arah wawasannya.

ARTIKEL BERKAITAN Zahid harap Pas fikirkan usaha pertahan gagasan muafakat sebenar


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!