Barangan kawalan: Kenal pasti barangan popular pengguna

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempengerusikan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Perdana Putra, hari ini. Foto: Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempengerusikan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Perdana Putra, hari ini. Foto: Bernama
A
A
A
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diarah untuk mengenal pasti beberapa lagi item barangan popular pengguna untuk disenaraikan sebagai barang kawalan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di sini hari ini berkata ia berikutan impak positif apabila sebahagian besar item popular pengguna disenaraikan sebagai barang kawalan ketika pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP).

Beliau berkata majlis itu juga mendapati pelaksanaan SKHMP memberikan impak positif kepada pengguna malah aduan bilangan kes pemborong dan peniaga menaikkan harga barangan juga sedikit.

"Untuk itu, KPDNHEP juga disaran menimbang supaya tempoh pelaksanaan SKHMP dipanjangkan bagi perayaan-perayaan utama di negara ini,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan selepas mesyuarat majlis itu.

Kenyataan itu dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dr Wan Azizah berkata mesyuarat juga mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memastikan supaya bekalan makanan adalah mencukupi untuk melaksanakan keputusan tersebut.

Artikel Berkaitan: