Promosi vivo Siri X60 di Senheng dan senQ

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR –Telefon pintar vivo X60 dan X60 Pro kini tersedia di semua cawangan vivo, vivo E-store, Lazada dan Shopee dan semua peniaga sah di seluruh negara termasuk kedai Senheng dan senQ.

Bersempena pelancarannya baru-baru ini, vivo Malaysia melanjutkan promosi dari 27 Mac hingga 11 April ini.

Bagi promosi jualan pertama ini, pengguna yang membeli siri vivo X60 di kedai rasmi vivo E-store akan diberi kemudahan ansuran sehingga 12 bulan* manakala pelanggan Senheng dan senQ akan mendapat kemudahan ansuran sehingga 36 bulan* tanpa bunga melalui Easy Payment Plan (EPP).

Bukan itu sahaja, pengguna yang membeli vivo X60 akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM458 yang disertai kotak cenderamata vivo X60 dengan jaminan dua tahun*,termasuk perlindungan skrin retak untuk tahun pertama.

Pengguna yang berminat X60 Pro pula akan menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM658 yang terdiri daripada beg bagasi premium berserta jaminan dua tahun* termasuk perlindungan skrin retak untuk tahun pertama.

No Image Caption

Sebagai bonus, ahli PlusOne di kedai Senheng dan SenQ juga boleh menikmati jaminan tambahan satu tahun* untuk pembelian siri vivo X60 mereka.

Artikel Berkaitan:

X60 dan X60 Pro adalah telefon pintar vivo pertama yang menampilkan sistem pengimejan yang direkacipta bersama dengan pembuat lensa Jerman terkenal ZEISS untuk peningkatan kualiti kamera.

X60 Pro menampilkan Gimbal Stabilization 2.0 yang menjanjikan video yang lebih stabil. Dengan harga masing-masing pada harga RM2,699 dan RM3,299, X60 dan X60 Pro boleh didapati dalam dua warna premium dan bergaya iaitu Shimmer Blue dan Midnight Black.

Untuk perincian mengenai promosi, pelanggan boleh mengunjungi E-store rasmi vivo Malaysia atau kedai Senheng dan senQ berhampiran untuk mengetahui lebih lanjut.

Lazada:

vivo X60 series: http://bit.ly/vivoX60seriesLazada

Shopee:

vivo X60 series: http://bit.ly/vivoX60seriesShopee

Senheng:

vivo X60: https://bit.ly/3d013f0

vivo X60 Pro: https://bit.ly/3vWW6MH

senQ:

vivo X60: https://bit.ly/3rgImZx

vivo X60 Pro: https://bit.ly/3lLVCUS