Kenyataan jangan sampai menyinggung

Saarani Mohamad
Saarani Mohamad
A
A
A

PARIT - UMNO Perak mengingatkan semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mana-mana parti komponen terutama dalam isu pembahagian kerusi.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, semua pihak berhak memberi pendapat kerana setiap individu mempunyai saluran untuk bersuara namun sebarang keputusan mengenai pengagihan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) dibuat presiden parti komponen.

Menurutnya, secara dasar parti tidak menghalang mana-mana pemimpin menyuarakan pendapat kerana meraikan demokrasi dalam kebebasan bersuara.

"Semua boleh beri pandangan, tapi keputusan belum dibuat sebab agihan kerusi ini tidak dibuat oleh negeri. Agihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) ini dibuat di peringkat nasional di antara presiden parti.

"MIC pernah mencadangkan untuk meminta kerusi daripada UMNO dan sekarang orang UMNO nak minta kerusi dari MIC. Ini perkara biasa asalkan jangan sampai menyakiti dan menyinggung perasan. Sekarang ini semua orang bercakap dan tak boleh nak halang," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Program Moh Menngopi Bersama Menteri Besar Perak di Kampung Selat, Layang-Layang Kiri, di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Siput, Norazura Abdul Karim menerusi Facebooknya pada Selasa bahawa sudah sampai masa MIC memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput.

Dalam kenyataan tersebut, gesaan itu disuarakan atas alasan MIC masih belum berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Siput dalam tiga siri PRU sejak tahun 2008 sehingga PRU14.

Bagaimanapun, kenyataan terbuka yang mendapat pelbagai reaksi itu sudah dipadam dan tidak lagi dapat diakses di Facebook tersebut.

Artikel Berkaitan: