25.42 peratus pemilik akaun sudah terima bekalan air

Gangguan bekalan air berlaku berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.
Gangguan bekalan air berlaku berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 25.42 peratus iaitu membabitkan 12,462 daripada 49,030 pemilik akaun yang mengalami gangguan bekalan air sudah menerima bekalan itu secara berperingkat sehingga jam 1 petang Rabu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan di Facebook pada Rabu berkata, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

"Walaupun masih tiada kawasan di Wilayah Petaling, Shah Alam dan Klang telah pulih sepenuhya namun pengguna yang telah menerima bekalan air berdasarkan jumlah akaun adalah pada tahap 25.42 peratus," katanya.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari masa ke masa menerusi semua saluran komunikasi rasmi.

Gangguan bekalan air berlaku berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada pagi Selasa menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam.

Artikel Berkaitan: