Dakwaan langgar SOP: Keluarga selebriti beri keterangan

Polis mengambil keterangan daripada keluarga selebriti tempatan terkenal, Neelofa yang didakwa melanggar SOP Covid- 19.
Polis mengambil keterangan daripada keluarga selebriti tempatan terkenal, Neelofa yang didakwa melanggar SOP Covid- 19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengambil keterangan daripada keluarga selebriti tempatan terkenal, Neelofa yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid- 19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, susulan dakwaan majlis perkahwinan selebriti itu tidak mematuhi SOP, lima individu termasuk ahli keluarga Neelofa dan penganjur majlis tersebut tampil memberi keterangan.

Ahad lepas, majlis perkahwinan Neelofa, 32, dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara didakwa tidak mengikut SOP serta tiada penjarakan fizikal. - Bernama

Artikel Berkaitan: