Penemuan ikan lumba-lumba perkara biasa

Aksi ikan lumba-lumba yang dipercayai dirakam di perairan Kuala Selangor tular di Facebook.
Aksi ikan lumba-lumba yang dipercayai dirakam di perairan Kuala Selangor tular di Facebook.
A
A
A

SABAK BERNAM - Fenomena ikan lumba-lumba yang ditemui nelayan di Perairan Kuala Selangor hingga ke Pelabuhan Klang adalah perkara biasa.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, menurut pakar mamalia marin terdapat tiga spesies ikan lumba-lumba di perairan Selat Melaka.

"Tiga spesies itu ialah Indo-pacific humpback dolphin, Irrawaddy dolphin dan Indo-pacific finless porpoise," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Abdul Rahman berkata, spesies marin itu juga akan bergerak dari utara, Kuala Perlis ke selatan, Johor.

"Kebiasaan ikan lumba-lumba boleh dilihat di perairan Kuala Selangor sehingga pelabuhan Klang pada Februari.

"Malah, pihak kami ada menerima aduan daripada orang awam mengenai bangkai ikan lumba-lumba (Finless Porpoise) terdampar di Pantai Acheh, Pulau Indah pada 9 Mac lalu," katanya.

Sebelum ini, tular video aksi ikan lumba-lumba berdurasi satu minit 28 saat yang dipercayai dirakam di perairan Kuala Selangor.

Artikel Berkaitan: