Coldplay taja “Interceptor 005” bersihkan sungai Malaysia

Coldplay
Coldplay
A
A
A

KUALA LUMPUR - Meskipun peminat Coldplay masih kempunan menonton persembahan mereka di Kuala Lumpur, projek terkini kumpulan muzik popular dari Britain itu bakal menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertamanya.

Terkenal dengan lagu antaranya “Fix You” dan “Paradise”, Coldplay baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dari Belanda, The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut.

Antara pendukung kuat inisiatif hijau dunia, Coldplay menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” yang bakal digunakan di Malaysia,.

"Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada tahun 2050. Maka sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting.