X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Dua beranak maut dalam kebakaran

Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Baru 1, Tangkak.
A
A

MUAR - Dua beranak ditemui maut dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal di Jalan Manja, Kampung Baru 1, Tangkak di sini pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba, Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.50 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, tiga jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu utiliti Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Tangkak dibantu BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dengan kekuatan 24 anggota dihantar ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan dua buah rumah jenis separuh kekal.

"Dilaporkan terdapat dua orang mangsa terperangkap di dalam bangunan tersebut. Dua mangsa yang merupakan anak dan ayah itu masing- masing berusia 15 dan 55 tahun dijumpai di tingkat atas rumah berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Rafiah berkata, kedua- dua mangsa meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kebakaran telah memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan bangunan dan operasi ditamatkan pada jam 1.58 petang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!