Berita tidak sahih jejas imej polis

Sebahagian 12 petugas media menerima sijil penghargaan daripada A Asmadi pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-214 peringkat IPD Ipoh pada Isnin.
Sebahagian 12 petugas media menerima sijil penghargaan daripada A Asmadi pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-214 peringkat IPD Ipoh pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Personaliti media sosial diingatkan agar menyemak fakta terlebih dahulu sebelum berkongsi maklumat di akaun media sosial mereka.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, perkongsian maklumat yang tidak sahih akan menjejaskan imej dan iltizam pasukan polis untuk memberi perkhidmatan terbaik.

"Kaedah berkongsi kes atau maklumat tanpa pengesahan hingga tular di media sosial akan menyusahkan ramai pihak.

"Seperti kes dua minggu lalu, seorang individu tidak dapat mengirim wang kepada ibunya kerana dikompaun RM10,000 tetapi apabila disiasat mendapati kejadian itu tidak benar.

"Disebabkan itu, semangat pasukan terkesan apabila ditohmah warganet dalam tugasan kami. Bagaimanapun, pemilik Facebook 'Uncle Kentang' yang memuat naik kes itu ada memohon maaf kepada kami," katanya ketika ditemui pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-214 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Isnin.

Pada majlis itu, A Asmadi menyampaikan surat penghargaan kepada 184 penerima terdiri daripada pasukan polis, orang awam dan petugas media sebagai motivasi atas kerjasama yang diberikan kepada polis.

Mengulas lanjut beliau berkata, polis bersikap sentiasa terbuka dalam menerima maklumat dan teguran yang dibuat menerusi saluran yang betul.

"Sebarang permasalahan boleh terus menghubungi polis atau salurkan menerusi saluran yang ditetapkan seperti menghubungi polis atau pada Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan setiap Jumaat.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak mahu masyarakat gusar dengan maklumat diperolehi. Mereka yang ternama dalam media sosial diminta lebih berhati-hati untuk dapatkan maklumat," katanya.