Ramai jejaka kecewa Neelofa dah kahwin

Neelofa begitu cantik di hari bahagianya pada Sabtu. - Foto: FB Neelofa
Neelofa begitu cantik di hari bahagianya pada Sabtu. - Foto: FB Neelofa
A
A
A

MASIH belum selesai kehangatan perkahwinan antara selebriti popular, Neelofa dengan pendakwah, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Pasangan sama cantik sama padan itu diijab kabul pada pagi Sabtu lepas. Laman-laman sosial pula dibanjiri dengan hantaran dan foto perkahwinan selebriti itu.

Apabila melihat pasangan itu bersanding di atas pelamin dalam majlis serba putih, Merak Jalanan yakin ramai jejaka di luar sana yang sebelum ini menaruh hati terpaksa menggigit jari.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 2 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri kedua-dua belah pihak sahaja.

Tarikh pernikahan pasangan itu menjadi tanda tanya sejak awal minggu lalu selepas pelbagai persiapan dilakukan oleh ahli keluarga dan pengantin sendiri.

Pada Disember tahun lalu, kecoh di media sosial Neelofa sudah melangsungkan perkahwinannya dengan Riz dan dinikahkan oleh bapa kandungnya di Kelantan namun usahawan itu menafikannya.

Ada kawan-kawan Merak Jalanan yang berduka sehingga sanggup memadam gambar Neelofa yang disimpan dalam telefon bimbitnya apabila artis kesayangannya secara rasmi sudah menjadi milik orang.

Sebelum ini ramai yang kecewa apabila Hannah Delisha mengumumkan pernikahannya Imam Shah sehingga ada juga yang bertindak unfollow Instagram pelakon kelahiran Singapura itu.

Artikel Berkaitan:

Minggu lalu penyanyi dan pelakon cantik, Elizabeth Tan turut mengecewakan peminat lelakinya apabila dia mengesahkan sudah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Siew Jim.

Harap jejaka-jejaka luar sana cepat-cepat move on ya, jangan sedih lama-lama sangat. Bunga bukan sekuntum. Kepada Neelofa dan PU Riz, semoga perkahwinan yang dibina kekal selamanya.