Isu tajaan ke Turki: Tun M, Guan Eng senada

Guan Eng dan Tun Dr Mahathir
Guan Eng dan Tun Dr Mahathir
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat senada dengan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng berhubung isu tajaan syarikat judi, Da Ma Cai kepada lawatan pasukan kerja polis ke Turki.

Menurut beliau, perkara tersebut telah dipersetujui sebelum PH mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Perkara ini berlaku sebelum zaman kami. Tujuannya bagus cuma ada kritikan terhadap apa yang mereka buat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Guan Eng mengesahkan tajaan lawatan kerja Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan beberapa pegawai kanan polis ke Turki ditaja syarikat Da Ma Cai itu telah diluluskan sejak 2017 lagi oleh Lembaga Pengarah syarikat berkanun, Totalisator Malaysia.

Menurut Guan Eng, lembaga pengarah itu tidak merujuk kepada kementeriannya berhubung lawatan bernilai RM184,685 itu dan beliau mengakui hanya mengetahui perkara berkenaan selepas membaca laporan akhbar.

Sebelumnya, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan lawatan kerja itu telah mendapat kelulusannya yang bertujuan mempelajari kaedah membanteras perjudian online sekaligus menafikan dakwaan lawatan Mohamad Fuzi itu atas urusan peribadi.

Lawatan kerja itu menjadi pertikaian pelbagai pihak selepas disahkan Guan Eng bahawa ia ditaja oleh Da Ma Cai.

Artikel Berkaitan: