Bantuan tetap diteruskan: Salahuddin

Salahuddin menyampaikan sumbangan kepada penerima.
Salahuddin menyampaikan sumbangan kepada penerima.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan memberi jaminan akan meneruskan segala bantuan termasuklah subsidi kepada golongan petani atau pesawah dan nelayan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, tidak ada isu buat dirinya dan kementerian untuk memberhentikan bantuan-bantuan tersebut.

Menurutnya, sejak menerajui kementerian tersebut, beliau telah meminta pegawai-pegawainya untuk membuat pemutihan terhadap dua kumpulan itu.

"Terdapat fakta-fakta ataupun statistik yang agak mengelirukan saya tentang berapakah sebenarnya jumlah pesawah dan nelayan yang sepatutnya menerima bantuan dan subsidi daripada kerajaan.

"Ini penting untuk kita pastikan segala bantuan ini tepat sampai kepada golongan sasar dan tidak berlakunya ketirisan dan penyelewengan, maknanya keadilan mesti diberikan kepada dua kumpulan ini," katanya pada sidang media Program SWM Kasih Misi Sampul Merah di Pertubuhan Kebajikan Amitabha Malaysia di Taman Tasek di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan terdapat bantuan kepada golongan petani, pesawah termasuk nelayan yang telah diberhentikan

Salahuddin berkata, beliau memberi jaminan pihak kementerian akan terus memberikan bantuan, subsidi dan segala insentif kepada golongan sasar bagi dua kumpulan tersebut.

"Petani, pesawah dan nelayan tulen yang mendakwa tidak lagi mendapat bantuan boleh membuat permohonan dan rayuan kepada pihak kementerian.

Artikel Berkaitan:

"Pegawai saya akan menyemak sekali lagi tentang status mereka," katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan tidak timbul isu untuk memberhentikan atau tidak lagi memberikan subsidi ataupun elaun sara hidup kepada nelayan.

"Itu tidak benar sama sekali," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan semua nelayan dapat bantuan sara hidup: LKIM

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri menangis baca warkah daripada petani

ARTIKEL BERKAITAN: Taraf hidup petani, penternak tak banyak berubah walau diberi bantuan, subsidi

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, setakat ini, pemutihan dilakukan oleh pihaknya sudah memasuki hampir 90 peratus.

"Saya akui, bukan mudah untuk kita buat pemutihan ini, kita kena berlaku adil.

"Ada orang marah kenapa dulu saya dapat, sekarang saya tak dapat. Subsidi dan elaun telah diberikan, itu mungkin jadi isu yang dimanipulasi di luar sana bahawa kita sudah berhentikan bantuan," katanya.

Salahuddin berkata, petani, pesawah dan nelayan tulen telah dan akan terus mendapat bantuan daripada kerajaan.

"Jadi hasrat kerajaan adalah kita nak berikan subsidi dan bantuan kepada golongan sasar.

"Kita tak nak tersasar," katanya.