Puteri UMNO gesa kaji semula kerjasama PN

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO digesa supaya segera mengkaji semula keputusan yang dibuat sama ada untuk bersama Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan atau tidak susulan tinjauan dilakukan beberapa media tempatan sebelum ini mendapati peratusan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan ketika ini agak tinggi.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, perkara itu perlu diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMMO (PAU) kali ini.

"Kita tidak tahu bilakah Parlimen akan dibubarkan. Tak mustahil keadaan seperti ini akan diheret sehingga tahun 2023 dan lebih banyak kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kita terpaksa pikul beban bersama.

"Kesian menteri-menteri kita, mereka terpaksa menjawab banyak keputusan-keputusan yang tidak popular dan mengarut oleh kepimpinan kerajaan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Persidangan Perwakilan Puteri UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.

Menurutnya, sudah tiba masa UMNO membuat penilaian semula memandangkan ketika ini nama-nama parti yang menjadi tunggak pemerintahan ketika ini semakin tidak popular.

"Menumpang biarlah pada yang kuat, jangan menumpang kepada yang membawa rebah," katanya.

Artikel Berkaitan: