X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Henderson mungkin terlepas aksi Euro 2020

Henderson
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate mendedahkan pemain tengah The Three Lions, Jordan Henderson bakal terlepas aksi Euro 2020, Jun depan berikutan masalah kecederaan pangkal paha.

Menurut Southgate, Kapten Liverpool itu telah menjalani pembedahan bulan lalu dan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, dengan jadual kejohanan yang dipinda hingga Jun, Henderson dijangka akan sempat pulih dan beraksi seperti biasa.

“Berita kecederaan Henderson ini adalah berita yang saya khuatiri kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya lima minggu untuk pulih sepenuhnya.

“Oleh itu, saya tidak boleh janjikan apa-apa walaupun Henderson sendiri begitu optimis dengan pembedahan berkenaan,” katanya.

Ketiadaan Henderson pastinya satu tamparan hebat buat Southgate kerana pemain berkenaan adalah tonggak bagi skuad kendaliannya itu bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, pemain berusia 30 tahun itu adalah antara watak penting yang mengemudi skuad The Three Lions itu mara hingga ke separuh akhir Piala Dunia 2018 lalu.

Sementara itu Southgate berkata, pihaknya tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya Henderson tidak sempat pulih kelak.

Katanya, beberapa pemain seperti Kalvin Philips, Declan Rice, Jude Bellingham dan Mason Mount dilihat sebagai calon yang bersesuaian untuk menggantikan Henderson.

“Kita sedar dengan kecederaan sedemikian, ia memerlukan masa untuk pulih; namun apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh itu,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!