Undi 18, pendaftaran pemilih automatik perlu disegerakan

 Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan untuk Undi 18 tahun (Undi18) dan pendaftaran pemilih automatik sebaiknya disegerakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin menerusi perkongsian di Twitter pada Jumaat memaklumkan, ini kerana Dewan Rakyat telah meluluskan Undi 18 dan pendaftaran pemilih automatik.

“Definisi belia, matang dan sebagainya adalah subjektif. Untuk membuat dasar negara, lazimnya umur tertentu dipilih. Inilah yang berlaku dalam #Undi18. Umur 18 diterima sebagai telah matang,” katanya.

Usia minimum mengundi rakyat Malaysia direndahkan kepada 18 tahun berbanding 21 sebelum ini, selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan seterusnya oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18, dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 ekoran pelbagai kekangan dan isu yang menjejaskan perancangan serta persiapan awal pelaksanaannya.

Artikel Berkaitan: