Taklimat pematuhan peraturan keselamatan untuk pengendali helikopter

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melaksanakan taklimat pematuhan peraturan keselamatan untuk pengendali helikopter tempatan.

Ia susulan tiga kemalangan membabitkan helikopter dalam tempoh enam bulan.

Ketua Pegawai Eksklusif CAAM, Kapten Chester Voo berkata, taklimat pematuhan peraturan keselamatan itu merangkumi latihan pengurusan keselamatan, mengenal pasti sebarang perkara berbahaya serta faktor dan penilaian risiko keselamatan untuk dipertimbangkan dalam pengurusan keselamatan bagi semua pihak termasuk organisasi kecil.

"Ini bagi memastikan undang-undang danperaturan dipatuhi sepenuhnya. Kehadiran semua yang terlibat adalah wajib," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, semua pengendali helikopter di Malaysia telah diperiksa CAAM sepenuhnya.

"Mereka diwajibkan memiliki lesen sah serta sijil-sijil penyelenggaraan bagi memastikan kelayakan juruterbang adalah sahih selain kelayakan untuk menerbangkan helikopter," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas, dua cedera

Pada perkembangan sama, beliau berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia akan mengenal pasti punca helikopter terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

"CAAM pula akan melaksanakan latihan untuk memastikan risiko seperti ini dapat dikurangkan seterusnya mengelak kejadian serupa berulang pada masa depan.

"Tindakan ini dilaksanakan dengan peraturan yang adil dan paling penting ia dilakukan demi kepentingan keselamatan semua pihak," katanya.