Gelembung pelancongan bersasar rancakkan pelancongan domestik

Nancy bergambar bersama Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (dua dari kanan), Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Print Sdn Bhd, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi (kiri) ketika melawat Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
Nancy bergambar bersama Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (dua dari kanan), Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Ultimate Print Sdn Bhd, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi (kiri) ketika melawat Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan gelembung pelancongan bersasar yang membenarkan pergerakan orang ramai melalui agensi pelancongan berdaftar dapat merancakkan semula sektor pelancongan domestik.

Selain itu, ia bakal memberi kemudahan kepada pelancong untuk merentas negeri tanpa perlu mendapatkan permit.

Nancy
Nancy

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukry berkata, kaedah berkonsepkan untuk tolong antara satu sama lain itu dibuat bagi memberi nafas baharu kepada sektor pelancongan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia sejak lebih setahun lalu.

“Pelaksanaan gelembung pelancongan bersasar ini hanya membabitkan pergerakan antara negeri di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Tetapi apa yang menjadi cabaran di Semenanjung ini ialah apabila mereka hendak merentas dari negeri ke negeri yang hijau, mereka kena merentas negeri yang masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Jadi untuk memudahkan (orang ramai) yang biasa melancong sendiri atau hendak pergi bersama keluarga sebab kalau mereka dibenarkan untuk melancong secara bersendirian mereka terpaksa pergi ke balai polis untuk dapatkan permit tetapi kalau menggunakan agensi pelancongan ini kepayahan (memohon permit rentas negeri) itu hanya diletak kepada agensi pelancong sahaja.

“Secara asasnya, ia untuk memudahkan (semua pihak) sebenarnya. Jadi saya harap mereka (rakyat) faham kenapa aktiviti melancong ke zon hijau hanya dibenarkan melalui agensi pelancongan berdaftar sahaja. Kita mahu tolong antara satu sama lain,” katanya di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Nancy berkata, mengikut perancangan awal, MOTAC mahu supaya pelancongan domestik dibenarkan di seluruh negara, namun pihaknya sedar kelulusan tetap tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara.

Artikel Berkaitan:

Mengenai perkembangan pasport vaksin, Nancy berkata, perkara itu masih dalam peringkat awal perbincangan.

Beliau bagaimanapun berkata, jika perkara berkenaan dilaksanakan, ia akan memberi impak yang positif kepada sektor pelancongan sekiranya negara-negara lain turut membuat polisi sama.