Mayat mangsa terakhir berjaya dikeluarkan

Keadaan sekitar lokasi tragedi di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras.
Keadaan sekitar lokasi tragedi di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Mayat mangsa terakhir yang tersepit dalam kejadian di lokasi tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat awal pagi tadi.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mu Tong Zheng berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3.40 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, mayat mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan lima pekerja warga asing dan seorang pemandu kereta warga tempatan dilaporkan terbabit dalam kejadian komponen kren 'launcher' terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya.

Dua pekerja warga asing maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat.

Pemandu kereta itu pula cedera pada leher dan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut struktur besi kren terjatuh

Projek pembinaan SUKE dihenti sementara

Artikel Berkaitan:

Kren terjatuh: Seorang lagi mangsa maut masih tersepit

Tindakan tegas akan diambil jika cuai