Pensyarah bukan perubatan terima vaksin mulai April

Noraini diberi penerangan ketika Majlis Penyerahan Hospital UiTM di Puncak Alam pada Selasa.
Noraini diberi penerangan ketika Majlis Penyerahan Hospital UiTM di Puncak Alam pada Selasa.
A
A
A
PUNCAK ALAM - Semua pensyarah bukan perubatan di seluruh negara dijadualkan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada fasa kedua dan ketiga mulai April hingga Februari tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bagaimanapun berkata, golongan itu juga perlu mendaftar program vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Selain itu, beliau berkata, borang pendaftaran dalam talian juga boleh diperoleh menerusi Google Form.

"Mereka boleh mengisi Google Form dan menyerahkan kepada pihak universiti untuk diberi kepada pihak hospital (Pejabat Kesihatan Daerah)," katanya ketika ditemui pemberita ketika Majlis Penyerahan Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini pada Selasa.

Noraini berkata, pensyarah berisiko tinggi akan diberi keutamaan untuk mendapat suntikan vaksin pada fasa kedua nanti.
Artikel Berkaitan:


"Selain pensyarah, penuntut yang kembali ke universiti secara berperingkat bermula pada 1 Mac lalu dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 pada kedua-dua fasa berkenaan," katanya.