PBB sambut baik inisiatif Arab Saudi akhiri krisis di Yaman

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
A
A
A

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik inisiatif Arab Saudi untuk mengakhiri krisis di Yaman dan mencapai penyelesaian politik komprehensif, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Dalam taklimat harian media, timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, usaha ini seiring dengan inisiatif PBB dan mengalu-alukan sokongan kerajaan itu terhadap usaha pertubuhan antarabangsa itu.

Katanya, Utusan Khas PBB ke Yaman Martin Griffiths berusaha untuk mengadakan gencatan senjata di seluruh Yaman, membuka semula Lapangan Terbang Sanaa kepada orang awam dan syarikat pengangkutan udara, membenarkan lebih banyak bahan bakar dan barang memasuki pelabuhan Hodeidah dan meneruskan proses politik untuk mengakhiri konflik.

Beliau menekankan perlunya melakukan semua usaha untuk mengakhiri konflik dan penderitaan rakyat Yaman serta aspirasi PBB untuk terus bekerja dengan semua pihak untuk mencapai tujuan ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: