KKM bentang enam petunjuk rentas negeri: Dr Adham

DR ADHAM
DR ADHAM
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentangkan enam petunjuk bagi menentukan masa sesuai untuk kebenaran rentas negeri.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, enam petunjuk berkenaan adalah situasi kes positif harian, kes sembuh dan discaj, trend serta kadar kes kebolehjangkitan, kadar jumlah kematian, keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU), situasi semasa petugas kesihatan.

"KKM berharap ia dapat dipenuhi terlebih dahulu sebelum perjalanan rentas negeri dibenarkan," katanya pada sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Isnin.

Menurutnya, kementerian mengambil kira dan meneliti pandangan pakar supaya perjalanan rentas negeri dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri iaitu selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

"Buat masa ini, belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai masa sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri," katanya.

Beliau berkata, sebarang keputusan yang dikeluarkan dipertimbangkan bagi memastikan ia tidak mencetuskan jangkitan dan penularan baharu.

"Insya-ALLAH, perkara ini akan dibawa kepada kerajaan bagi menentukan masa sesuai untuk membenarkan rentas negeri," katanya.

Artikel Berkaitan: