25 jalan ditutup sempena Kayuhan Shimano Yellowride 2019

Superintendan Abd Razak Hasan
Superintendan Abd Razak Hasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 25 jalan di Terengganu akan ditutup sempena program Kayuhan Shimano Yellowride 2019 yang bermula di Dataran Batu Buruk, di sini, pada Sabtu ini.

Menerusi hebahan yang dikeluarkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, penutupan jalan secara berperingkat itu bermula jam 7 pagi hingga 3 petang pada hari berkenaan.

Jalan-jalan tersebut adalah Dataran Batu Buruk (permulaan), Jalan Kamaruddin, Jalan Gong Kapas, Bukit Besar, lampu isyarat Simpang Tok ku, Jalan Durian Burung, Jambatan Manir, Jalan Sekati Gemuroh, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Jalan Sungai Tong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Nenas dan Kampung Matang.

Lain-lain kawasn adalah seperti Kampung Nibong, Kampung Batu Hampar, Kampung Pulau Bahagia, Jalan Kampung Peradong, Pasar Manir, lampu isyarat Manir, Jambatan Manir, Jalan Durian Burung, lampu isyarat Simpang Tokku, Bukit Besar, Jalan Gong Kapas, Jalan Kamaruddin dan Dataran Batu Buruk (penamat).

Kira-kira 2,000 peserta dijangka menyertai program kayuhan ini.

Abd Razak menasihatkan kepada pengguna jalan raya agar dapat merancang perjalanan dan dapat memberi kerjasama serta mengikut arahan daripada anggota polis bertugas.

Artikel Berkaitan: