'Sokongan rakyat kepada PH tak terjejas'

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menjawab pertanyaan para pengamal media selepas melawat Kem Tentera Darat Batu 10 dan Pangkalan Udara Kuantan hari ini. - Foto Bernama
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menjawab pertanyaan para pengamal media selepas melawat Kem Tentera Darat Batu 10 dan Pangkalan Udara Kuantan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Penyertaan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam parti Bersatu tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada gabungan PH.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, ia sebaliknya menambahkan kekuatan gabungan terbabit secara keseluruhan.

“Tidak jejas pun, tapi apabila bertambah akan menambahkan lagi kekuatan dalam gabungan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebentar tadi.

Kelmarin, enam bekas Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka adalah Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd. Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz

Artikel Berkaitan: