Anwar jumpa SPRM Isnin ini

Anwar bergambar bersama penyokongnya pada majlis sembang santai yang diadakan di Permatang Pauh, petang Sabtu.
Anwar bergambar bersama penyokongnya pada majlis sembang santai yang diadakan di Permatang Pauh, petang Sabtu.
A
A
A

PERMATANG PAUH - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki pada petang Isnin.

Pertemuan jam 3 petang itu bertujuan membawa suara pimpinan parti berkenaan serta Pakatan Harapan (PH) yang bimbang dengan badan penguatkuasaan itu dijadikan senjata politik untuk menekan ahli Parlimen pembangkang.

"Kita mahu menyatakan kebimbangan dalam menyokong SPRM sebagai badan profesional dan bebas.

"Kita juga akan melahirkan rasa gelisah kerana dipercayai sebahagian daripada kita dengan bukti mendapati agensi kerajaan itu dijadikan senjata politik untuk menyingkap musuh," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sembang Santai dan Hi-Tea di Dewan Pintar, Taman Guar Perahu di sini pada Sabtu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pihaknya akan memberi ruang yang baik dan positif kepada SPRM untuk mendengar isu yang akan dibawa dan ulas.

Sebelum ini, Anwar mendakwa lima orang ahli Parlimen PH diberi ugutan atau pelawaan dengan pelbagai sogokan untuk menarik sokongan mereka.

Beliau berkata, perkara berkenaan merupakan satu penipuan yang menyalahgunakan kuasa dengan cara menekan ahli Parlimen pembangkang.

Lima ahli Parlimen berkenaan ialah Natrah Ismail (Sekijang), S Kesavan (Sungai Siput), Awang Husaini Sahari (Putatan), M Karuppaiya (Padang Serai) dan Michael Teo (Miri).

Artikel Berkaitan:

Beliau mendakwa, sekiranya ahli Parlimen berkenaan ‘melompat’ parti, siasatan mereka dalam kes SPRM akan ditangguhkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa ahli Parlimen PH diugut, pelawa sogokan