X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar dakwa ahli Parlimen PH diugut, pelawa sogokan

Datuk Seri Anwar Ibrahim
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa lima orang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diberi ugutan atau pelawaan dengan pelbagai sogokan untuk menarik sokongan mereka.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, perkara berkenaan merupakan satu penipuan yang menggunakan salah guna kuasa dengan cara menekan ahli Parlimen pembangkang.

“Saya nak tegaskan di sini, dengan menarik lima hingga enam orang ke Perikatan Nasional (PN), dia belum lagi mendapat majoriti,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan PKR di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Anwar berkata, lima ahli Parlimen berkenaan adalah Natrah Ismail (Sekijang), S Kesavan (Sungai Siput), Awang Husaini Sahari (Putatan), M Karuppaiya (Padang Serai) dan Michael Teo (Miri).

Beliau mendakwa, sekiranya ahli Parlimen berkenaan ‘melompat’ parti, siasatan mereka dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditangguhkan.

Katanya, beliau juga akan menulis satu surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki bagi membuat satu pertemuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, 36 ahli Parlimennya akan tetap bersama-sama dengan kepimpinan parti.

Beliau turut yakin tidak ada lagi ahli Parlimen parti itu akan bertindak melompat parti.

"Semua yang hadir mesyuarat hari ini walaupun tig orang melalui Zoom di Sabah, Sarawak tapi penyertaan membanggakan.

"Ia sekali gus membatalkan tohmahan konon ada lagi yang diugut atau cuba dibeli untuk melompat parti.

"Saya sukacita kerana mereka ini kekal dengan idealisme perjuangan serta agenda reformasi dan satu tekad untuk membawa perubahan dalam negara,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Anwar turut ditanya adakah beliau pernah berjumpa dengan Datuk Dr Xavier Jayakumar sebelum Ahli Parlimen Kuala Langat itu keluar parti.

Anwar berkata, beliau pernah berjumpa dengan Xavier dan akan membantu beliau.

"Dia jumpa saya seminggu sebelum itu. Dia jumpa saya dan sebut pasal masalah dihadapinya. Saya beritahu dia kita akan bantu dan kita akan lawan.

"Dia juga sebut dia jumpa Menteri Kanan yang beri ugutan, setakat itu saja," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!