22 pengamal media Indonesia lawat Karangkraf

Asro (duduk, lima dari kiri) bersama pengamal media dari Iswami Indonesi bergambar dengan Hussamuddin (duduk, enam dari kiri) di Karangkraf selepas sesi lawatan, hari ini. - Foto Sinar Harian/Mohd Izwan Zainal

A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 22 pengamal media dari pertubuhan Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Indonesia mengadakan lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Ketua Iswami Indonesia, Asro Kamal Rokan berkata, program yang disertai kumpulan wartawan dari pelbagai agensi media cetak dan elektronik itu bertujuan memberi pendedahan mengenai operasi produk Kumpulan Media Karangkraf termasuk akhbar Sinar Harian.

"Lawatan ini adalah salah satu pengisian untuk kami memahami dan melihat sendiri cara kerja wartawan akhbar di Malaysia supaya input terbaik dapat dipraktikkan dalam skop pekerjaan pada masa akan datang.

Pengamal media dari Iswami Indonesi melihat sendiri bagaimana proses percetakan dilakukan di Karangkraf, hari ini. - Foto Sinar Harian/Mohd Izwan Zainal
Pengamal media dari Iswami Indonesi melihat sendiri bagaimana proses percetakan dilakukan di Karangkraf, hari ini. - Foto Sinar Harian/Mohd Izwan Zainal

"Pengalaman melawat Karangkraf sekitar tahun 2003, bezanya kini saya melihat syarikat ini berjaya mengembangkan perniagan meskipun media cetak mengalami trend penurunan secara global," katanya ketika ditemui.

Jelas Asro, kumpulan wartawan terlibat seperti Kompas, Republika, Antara dan Trans Studio amat teruja apabila berpeluang melihat proses percetakan akhbar dan melawat beberapa unit di Karangkraf.

Pengamal media dari Iswami Indonesi dibawa melawat ke kilang percetakan di Karangkraf, hari ini. - Foto Sinar Harian/Mohd Izwan Zainal
Pengamal media dari Iswami Indonesi dibawa melawat ke kilang percetakan di Karangkraf, hari ini. - Foto Sinar Harian/Mohd Izwan Zainal

Tambahnya, diharapkan lawatan berkenaan dapat membuka minda para wartawan dan dapat membina hubungan yang lebih baik antara media Indonesia-Malaysia dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama pada program tersebut ialah Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali.