Tular kes buli di sekolah

Video yang tular memaparkan kelakukan beberapa murid lelaki memukul rakannya dalam sebuah kelas
Video yang tular memaparkan kelakukan beberapa murid lelaki memukul rakannya dalam sebuah kelas
A
A
A

BESUT - Satu rakaman video memaparkan kejadian seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kawah di Jertih dipercayai menjadi mangsa buli tersebar di media sosial sejak pagi tadi.

Dalam video berdurasi 1.26 saat itu, seorang murid berbaju pengakap ditumbuk dan ditendang oleh beberapa murid lain dari sekolah sama.

Kejadian dipercayai berlaku dalam sebuah kelas dan video tersebut dikatakan dirakamkan pelajar lain.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab Halim Hassan mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku sekitar jam 10.40 pagi pada waktu rehat sekolah Selasa lepas.

Menurutnya, laporan awal diperolehi mendapati seramai enam murid terlibat dalam kejadian memukul mangsa dan kesemua mereka termasuk mangsa adalah murid tahun 6.

Artikel Berkaitan: