Anwar jangka jadi PM kurang dua tahun lagi

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan akan mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh kurang dua tahun.

Dalam wawancara bersama Bloomberg Television, Anwar berkata, beliau bagaimanapun mahu memberi cukup masa kepada Dr Mahathir untuk mentadbir secara berkesan.

"Sudah tentu bukan lima tahun kerana beliau (Mahathir) sudah nyatakan dengan jelas tidak akan melebihi dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar nafi ada sabotaj halang beliau jadi PM

"Namun, penting untuk membenarkan beliau mentadbir secara efektif kerana kami dalam keadaan rumit dan mencabar," katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir memberi jaminan beliau tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri melebihi dua tahun walaupun rakyat memintanya berbuat demikian.

Ini kerana, menurut Dr Mahathir, beliau sudah tua dan perlu mempertimbangkan faktor kesihatan.

Dr Mahathir juga berkata beliau akan tetap berpegang kepada janjinya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Anwar.

Artikel Berkaitan: