X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Pecat MKT sebelum diadili amat tidak bijak: Annuar

Annuar Musa
A
A

SHAH ALAM - Ramai terkejut apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan dua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan dipecat keahliannya kerana dikatakan membocorkan rahsia mesyuarat MKT, kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menyifatkan keputusan untuk memecat keahlian MKT terbabit sebelum proses tertentu dilaksanakan adalah amat tidak bijak dan tidak kena.

Malah menurut beliau, ia boleh memburukkan lagi nama parti berkenaan dan spekulasi tersebut dilaporkan mula berlegar, namun persoalannya siapakah ahli MKT itu?

“Khabarnya seorang lelaki dan seorang wanita. Saya tak dapat meneka siapa, lebih-lebih lebih lagi saya tidak lagi menghadiri MKT sejak dipecat oleh Presiden UMNO daripada jawatan Setiausaha Agung BN.

“Menurut peraturan, kes disiplin perlu melalui proses pendengaran di hadapan Lembaga Disiplin,” kata Annuar dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Menteri Wilayah Persekutuan berkata, bagi ahli MKT berkenaan ia boleh diadili oleh sidang MKT sendiri.

“Terdapat individu dalam MKT yang diketahui umum sering menulis dan bercakap tentang keputusan MKT. Tetapi saya yakin mereka itu tidak akan dipecat kerana sebab musabab yang semua orang tahu.

“Saya hanya mampu berdoa agar kepimpinan kekal tenang dan aman. Kebimbangan saya ialah bila melihat parti semakin retak, semakin tak terarah dan sedang menuju ke 'nowhere'.

“Kita dilihat penuh bermasalah, bertelagah dengan semua orang dan akhirnya berselisih sesama sendiri. Musuh sebenar politik tidak pula diserang.

“Semakin hari semakin parah. Kesalahan besar dan perlanggaran disiplin yang serius, dibiarkan dan kes kecil pula yang dibesar-besarkan. Semoga tiada penganiayaan berlaku,” katanya.

Sebelum ini sumber melaporkan dua ahli MKT UMNO yang dikatakan dalang sering membocorkan rahsia mesyuarat MT, sudah dikenal pasti.

Sumber terbabit berkata, hal itu dimaklumkan sendiri oleh Ahmad Zahid dalam ucapan di hadapan para ketua bahagian dan sayap Pemuda dan Puteri di Melaka.

“Ahmad Zahid maklumkan dua MKT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan.

“UMNO tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti.

“Presiden UMNO akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada parti,” kata sumber itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!