Dahulukan Islam bukan parti, kata Dr Amir

Dr Amir Hakim
Dr Amir Hakim
A
A
A

MERBOK - Walau dalam keadaan mana sekalipun, sebagai seorang beragama Islam, kita kena dahulukan Islam dari parti, demikian menurut Ketua Amanah Merbok, Dr Amir Hakim.

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mendakwa terpaksa berbohong, tidak mencerminkan identiti beliau sepertimana yang semua sedia maklum.

"Keadaan itu menunjukkan beliau telah banyak kali berbohong bermula daripada isu rakaman suara didakwa miliknya, ditimbulkan.

“Sebagai Islam, kena dahulukan Islam bukan parti... beliau dah banyak kali berbohong sehinggalah sampai ke saat ini, itu tak mencerminkan sifat seorang Islam,” katanya.

Menurut Amir, dalam isu sama, kenyataan Nik Abduh yang telah memburukkan nama ayahanda beliau, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan suatu keadaan yang tidak baik untuk dirinya dan Islam.

“Tak kiralah dari parti mana pun, itu memalukan diri sendiri dan agama, tak kira pemerintah atau pembangkang, PKR atau Amanah, Pas atau UMNO mahupun Bersatu, tak boleh dahulukan benda lain kecuali yang benar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya diminta nafikan audio itu: Nik Abduh

Beliau berkata demikian susulan tindakan Ahli Parlimen Pas, Nik Abduh yang mengaku terpaksa berbohong mengenai rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini demi kerahsiaan parti.

Artikel Berkaitan:

Menurut Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tindakan penafian (berbohong) itu dilakukan bukan hanya untuk dirinya sahaja malah demi maslahat parti.

Katanya, penafian dibuat setelah memohon jawapan daripada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut merestui tindakan berkenaan.