X

Kindly register in order to view this article
!

MBSJ buka permohonan permit bazar Ramadan dalam talian

Kerajaan bersetuju membenarkan penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara mengikut SOP PBT setiap negeri.
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) membuka permohonan secara dalam talian kepada peniaga untuk mendapatkan permit bazar Ramadan tahun 2021.

MBSJ menerusi satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, hanya lapan tapak bazar Ramadan disediakan di empat zon di bawah seliaannya pada tahun ini.

Menurut kenyataan itu, empat tapak bazar di Zon Subang adalah di USJ 4 (Jalan USJ 4/5), USJ 7 (di hadapan Gerai Majlis USJ 7), Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1) dan Putra Heights (tepi Jalan Petaling berhampiran Pangsapuri Sri Mutiara).

“Bagi Zon Puchong, tapak bazar Ramadan di Dataran Niaga Puchong Permai, dan Zon Kinrara di Bandar Kinrara 5 (Jalan BK 5A/1).

“Tapak bazar Ramadan di Zon Seri Kembangan pula dibuka di Taman Seri Serdang (Jalan 18/35) dan Taman Equine (Jalan PP1B),” katanya pada Rabu.

Dalam pada itu, pemohon boleh membuat permohonan bermula dari 17 Mac hingga 21 Mac 2021 dengan melayari laman web www.mbsj.gov.my.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!