Kerajaan akan lancar Sukuk Lestari bernilai lebih AS$1 bilion

Muhyiddin ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melancarkan Sukuk Lestari yang bernilai lebih daripada AS$1 bilion bagi menyokong matlamat negara untuk menjadi hab kewangan lestari, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hasil daripada sukuk berkenaan akan membiayai program dan projek yang mempunyai elemen kelestarian di samping menangani kesan sosio-ekonomi akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bernilai RM20 bilion serta suntikan fiskal baharu berjumlah RM11 bilion pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan telah pun melancarkan Sukuk Prihatin, antara inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), yang mendapat sambutan luar jangkaan apabila mencatatkan langganan lebih RM666 juta.

Jumlah itu mengatasi sasaran asal penerbitannya iaitu sebanyak RM500 juta. - Bernama

Artikel Berkaitan: