Budak maut dalam kereta: Pengetua tadika ditahan

Pengetua tadika berusia 49 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Pengetua tadika berusia 49 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pengetua tadika ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan dalam sebuah kereta di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 49 tahun itu direman selama tiga hari.

Menurutnya, mangsa dilaporkan lemas dalam kereta setelah ditinggalkan selama empat jam di hadapan sebuah tadika di sini.

"Dalam kejadian itu, mangsa telah dijemput kakitangan tadika di rumah pada jam 7.45 pagi. Bagaimanapun ketika sesi pulang, mangsa disedari tiada dalam kelas.

"Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta," katanya.

Katanya, polis turut merampas kunci dan sebuah kereta jenis Proton Waja bagi membantu siasatan.

"Kes siasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan empat jam dalam kereta

Artikel Berkaitan: