Mohd Azis nafi keluar surat sokongan kepada pendatang asing

Azis
Azis
A
A
A
KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman menafikan dakwaan kononnya Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar mengeluarkan surat sokongan terhadap permohonan bagi mendapatkan dokumen untuk pelarian (IMM13), penduduk tetap (MYPR) dan pemastautin sementara ( MYKAS).
Sebaliknya Mohd Azis yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa segala permohonan bagi mendapatkan IMM13, MYPR dan MYKAS perlu mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan Negara.
“Saya mengambil maklum berhubung sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan menaip dan memberi akuan bersumpah yang mengambil kesempatan dengan memanipulasi pemohon IMM13, MYPR dan MYKAS kononnya mereka boleh mendapatkan sokongan daripada saya.
“Laporan mengenai kegiatan syarikat tersebut sudah saya terima dan saya juga sudah mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap syarikat serta individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Azis berkata pihaknya dimaklumkan bahawa polis telah mengambil tindakan dengan menangkap dan menahan reman beberapa individu yang mengambil kesempatan menggunakan nama beliau untuk mengaut keuntungan.
Artikel Berkaitan:
Katanya sememangnya Pusat Khidmat Rakyat kawasan Parlimen Sepanggar saban hari dikunjungi rakyat sesuai fungsinya namun beliau serta Pusat Khidmat Rakyat itu tidak pernah mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan bagi mendapatkan dokumen IMM13, MYPR dan MYKAS seperti didakwa sesetengah pihak. - Bernama