X

Kindly register in order to view this article
!

Pejabat Menteri Dalam Negeri nafi jemputan majlis hari jadi menteri

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Dalam Negeri menafikan mesej tular mengenai jemputan kepada wartawan dan pengamal media bagi menghadiri majlis sambutan hari jadi menteri berkenaan.

Setiausaha akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Zulkifli Bujang menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan, majlis yang kononnya akan berlangsung malam ini di Kuala Lumpur adalah palsu.

“Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri menyeru kepada semua pihak yang menerima jemputan palsu tersebut untuk tidak menghiraukan dan memanjangkan jemputan itu kepada rakan-rakan media yang lain,” katanya.

Selain pengamal media, mesej yang tular di aplikasi WhatsApp itu turut menjemput menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen ke majlis yang kononnya berlangsung 8 malam ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!