Ahmad Nawfal dilantik Ketua Pemuda PN Johor

Ahmad Nawfal
Ahmad Nawfal
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor pada Isnin.

Perkara tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat Pemuda PN Johor di Pejabat Pemuda Pas Negeri Johor, Simpang Renggam, Kluang.

Pemuda PN Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, Muhd Shamsudin Paijan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda PN Johor.

"Fauzi Che Ahmad daripada Pas pula dilantik sebagai Setiausaha manakala Mohammad Iqbar Abdul Rani (Bersatu) dilantik sebagai Bendahari dan Mohamad Azlan Alias (Pas) dilantik Ketua Penerangan.

"Mesyuarat itu membentuk Jawatankuasa Pemuda PN Johor terdiri daripada Faizal Rizal Abd Hamid, Muhamad Zulfadhli Zulkifly, Mohd Firdaus Jaffar dan Mohamad Syafiq Mohd Khairul Sam.

"Jawatankuasa tersebut dua orang masing-masing diwakili daripada Pas dan Bersatu," kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat terbabit juga membincangkan program Pemuda PN Johor yang akan memberi fokus kepada perkhidmatan dan kebajikan kepada masyarakat.

"Dengan terbentuknya Jawatankuasa Pemuda PN Johor, Insya-ALLAH segala program dan perancangan Pemuda PN Johor akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya," katanya.

Artikel Berkaitan: