SPRM serah kertas siasatan kes kartel daging kepada Peguam Negara

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Johor, mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel daging di sebuah gudang di Senai, dua minggu lalu.

Pengarahnya, Datuk Azmi Alias berkata, pegawainya melakukan siasatan secara terperinci sejak bulan Disember tahun lalu dengan mengumpulkan bukti berkaitan.

Katanya, seramai 12 suspek telah dikenalpasti terlibat dengan kes kartel daging yang terdiri daripada pemilik syarikat, kakitangan agensi kerajaan dan penguat kuasa serta ejen penghantar.

"Kes kartel daging ini telah disiasat sejak bulan Disember lalu, di mana kertas siasatan telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Peguam Negara akan buat keputusan. Jika dibenarkan dakwa kita akan dakwa. Apa pun pegawai SPRM Johor telah kumpulkan bukti dan kemukakan seramai 12 suspek yang terlibat dengan kartel daging," katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran CPP ( Cakera Padat Pencegahan) oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya ( Pencegahan ) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Johor di Tampoi di sini pada Isnin.

Sinar Harian pada 2 Disember lalu, menerusi laporan khas membongkar kegiatan kartel mengimport daging dari beberapa negara yang tidak halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual dan dibekalkan di pasaran tempatan.

Serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) serta beberapa agensi di sebuah gudang di Senai itu telah mendedahkan kegiatan kartel daging berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel tukar daging haram jadi halal

Artikel Berkaitan: