DAP Perak mahu tambah kerusi

KOR MING
KOR MING
A
A
A

IPOH - DAP Perak menyasarkan lapan kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, mereka akan berbincang dengan rakan-rakan komponen Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, DAP mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang dalam memenangi kerusi pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

"Demi membantu PH mengambil balik kerajaan yang telah dicuri oleh kerajaan PN, saya dengan sukacitanya mencadangkan serta bincangkan dengan rakan-rakan kita supaya DAP diberikan ruang dan peluang untuk bertanding di lapan Parlimen dan 20 DUN untuk mengukuhkan PH. Kita mempunyai rekod pencapaian yang membanggakan.

"Demi menghormati rakan-rakan komponen saya juga merayu dan memohon supaya Majlis Presiden PH akan merestui hasrat supaya kita dapat membantu PH mendapatkan semula kerajaan," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh di sini pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi; Timbalan Pengerusi PKR Perak, Datuk MA Tinagaran dan semua kepimpinan DAP Perak.

Dalam perkembangan lain, Kor Ming berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan peguam bagi membela rakyat yang dizalimi menerusi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Katanya, pasukan peguam itu melibatkan 11 orang yang akan mengambil kes-kes berkaitan untuk dibawa ke mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat peguam tersebut boleh hadir ke Pejabat DAP Perak.