Guardiola puji aksi cemerlang Aguero

Aguero (kanan), cuba melepasi pertahanan Fulham.
Aguero (kanan), cuba melepasi pertahanan Fulham.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City Pep Guardiola memuji aksi cemerlang Sergio Aguero apabila penyerang Argentina itu mempamerkan aksi cemerlang ketika menewaskan Fulham, pada awal pagi Ahad.

Menurut Guardiola, Aguero turut berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam tempoh 417 hari setelah tidak beraksi akibat masalah kecederaan.

Malah katanya, pemain berusia 32 tahun itu turut beraksi selama 90 minit bersama The Citizens buat kali pertama musim ini setelah pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini terutamanya apabila Aguera berjaya menjaringkan gol dan beraksi bagi tempoh 90 minit sejak sekian lama.

“Walaupun berdepan lawan yang sukar, dia (Aguero) masih diberikan kawalan ketat oleh pihak lawan dan ia ternyata bukan sesuatu yang mudah.

“Namun, kami tetap berjaya memenangi perlawanan ini dengan dibantu benteng pertahanan yang turut beraksi cemerlang bagi memastikan kami tidak dibolosi,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan John Stones membuka jaringan buat City pada minit ke-47, Gabriel Jesus (56) dan Aguero pada minit ke-60 menerusi sepakan penalti.

Kemenangan itu terus mengukuhkan kedudukan The Citizens di puncak EPL dengan 71 mata.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Guardiola turut memuji tahap disiplin yang ditunjukkan kesebelasan pemainnya di sepanjang perlawanan.

Katanya, biarpun mempamerkan aksi yang kurang memberangsangkan bagi tempoh 45 yang pertama, kesebelasan pemain berjaya bangkit pada baki 45 minit kemudiannya untuk mencatatkan kemenangan berkenaan.

“Bola sepak bukan hanya mengenai serangan balas atau sejauh mana anda menyimpan bola.

“Selain itu, sebagai sebuah pasukan, anda juga perlu membuat keputusan yang betul ketika beraksi,” katanya.