X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Isu penempatan haram Bukit Malut belum diusul kepada kerajaan

Ismail Sabri (kiri) ketika menyampaikan sumbangan kepada Md Salleh pada Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Veteran ATM sempena Program Cakna Veteran ATM di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama
A
A

ALOR SETAR - Isu penempatan haram di Bukit Malut, Langkawi, belum diusulkan kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu belum diteliti sepenuhnya dan cadangan perancangan baharu penempatan itu hanya akan dilakukan setelah pihaknya memperoleh data lengkap.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya belum memutuskan bentuk tindakan bersesuaian dan akan diberikan perhatian.

“Belum ada perancangan untuk saya bersama pasukan Imigresen dan polis meninjau penempatan itu. Saya perlu dapatkan maklumat terperinci walaupun umum mengetahui penempatan itu didiami Rohingya.

"Saya sendiri akan turun ke lokasi sebelum usulkan apa-apa cadangan kepada kerajaan. Kalau ada masa sesuai, kita lakukan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Md Salleh Ahamad sempena program Cakna Veteran ATM di Pantai Johor pada Jumaat.

Dalam kenyataan media pada Jumaat, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan memberi perhatian terhadap isu penempatan haram Bukit Malut yang berlarutan sejak sekian lama.

Dr Mahathir berkata, penyelesaian tersebut memerlukan tindakan proaktif kerajaan Persekutuan dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan selain memerlukan peruntukan besar.

Tahun lalu, media melaporkan isu penempatan haram Bukit Malut didakwa semakin membesar dengan lebih banyak rumah dibina dan tapak diteroka tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk memindahkan penduduk yang tinggal secara haram di atas tanah rizab hutan paya bakau Bukit Malut ke lokasi baharu namun keputusan berhubung isu itu terletak di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M minta kerajaan beri perhatian isu di Bukit Malut

Penempatan haram Bukit Malut dipindah ke lokasi baharu


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!