X

Kindly register in order to view this article
!

Hamzah seru semua pihak tidak buat spekulasi isu kalimah ALLAH

Hamzah
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam mengenai isu kalimah ALLAH.

Hamzah dalam kenyataannya pada Khamis berkata, semua pihak perlu menghormati proses perundangan dan kehakiman negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi berkaitan isu kalimah ALLAH dan hal-hal lain yang telah dibawa oleh Jill Ireland (Jill Ireland Lawrence Bill) terhadap KDN.

“Dalam hal ini, KDN akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari pihak Mahkamah Tinggi di sini,” katanya.

Pada Rabu, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah ALLAH dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Tinggi benarkan penganut Kristian guna kalimah ALLAH


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!