Sembang Nostalgia 2 kembali di Karangkraf

Antara alumni graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kumpulan 1974 hingga 1978 yang memeriahkan program Sembang Nostalgia 2 bertempat di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.
Antara alumni graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kumpulan 1974 hingga 1978 yang memeriahkan program Sembang Nostalgia 2 bertempat di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 70 alumni graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kumpulan 1974 hingga 1978 memeriahkan program Sembang Nostalgia 2 bertempat di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Tujuan program Sembang Notalgia 2 itu diadakan untuk merapatkan kembali silaturahim yang pernah terjalin ketika zaman kampus termasuk mengadakan beberapa aktiviti sampingan seperti solat Zohor berjemaah dan tahlil ringkas.

Turut diadakan sesi tadabbur Surah Al-Kahf yang dibawakan oleh Pengasas Pondok Motivasi Hamlatul Quran, Mohd Asyraf Suarin, sementara Ustaz Chep Ma'mun memperdengarkan bacaan surah tersebut.

Datuk Dr Hussamuddin Yaacub
Datuk Dr Hussamuddin Yaacub

Selain itu, program tersebut turut diselitkan dengan aktiviti Sembang Nostalgia menerusi slot Jejak Yang Ditinggalkan bertujuan mengimbau kembali kenangan termasuk persembahan santai berbentuk nyanyian, puisi dan sketsa.

Dalam pada itu, Pengerusi Alumni Graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, Azlan Abdullah berkata, program tersebut diadakan buat pertama kali pada Februari 2015.

"Insya-ALLAH program ini akan diteruskan. Apabila umur sudah meningkat, kami sepatutnya mengadakan pertemuan dengan kerap selepas ini,” katanya semalam.

Hadir sama pada program tersebut ialah Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Penasihat Korporat Angakasa, Datuk Md Yusuf Samsudin dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mokhtar Nong.

Artikel Berkaitan: